BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 6, 2012

PENDIDIKAN PERCUMA BUKA LEMBARAN BARU SISTEM PERSEKOLAHAN

        Sesi persekolahan 2012 yang bermula semalam di Kedah dan negeri Pantai Timur, manakala hari ini di negeri lain benar-benar mencatat sejarah, berikutan buat pertama kalinya pendidikan rendah dan menengah di sekolah kerajaan disediakan secara percuma. Perkembangan ini adalah berikutan pemansuhan bayaran RM 24.50 mulai tahun ini bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012, 7 Oktober lalu. Hasrat kerajaan memansuhkan bayaran berkenaan adalah bagi membolehkan setiap rakyat negara ini, tanpa mengira latar sosioekonomi, mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Bayaran dimansuhkan itu membabitkan bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan-Sukan Sekolah Malaysia dan insurans takaful. Adalah difahamkan surat perkeliling berhubung penghapusan itu sudah dihantar ke sekolah agar tidak timbul kekeliruan apabila sesi pelajaran bermula. Selain pemansuhan bayaran terbabit, kerajaan juga sudah memberi bantuan persekolahan RM 100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima bagi tujuan membeli peralatan sekolah. Walaupun bantuan berkenaan menyasarkan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana , mereka yang berkemampuan turut menerimanya, membuktikannya keikhlasan kerajaan membantu semua rakyat. Menerusi kedua-dua langkah ini ditambah pula dengan skim buku bantuan percuma yang dinikmati pelajar ia sudah tentu meringankan beban perbelanjaan kira-kira 5.3 juta pelajar.



0 comments: