BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 14, 2012

dah lama tak buka blogkan?? ^^

assalamualaikum..

hye2.. kowg ape kbo??

sihat x??

huhuhuhu :)


dah lma kn


tuan punye blog


nie x bg blog??

huhuhu..


sebnrny sy nie


bukn tuan punye


blog nie


tp sy nie


kra kwn sepcial


tuan punye blog nie


huhuhuhu...


kowg mesti pelikkn??


knp die sendiri yg x bukk??


sebnrny die mlz ag nk


bukk sbbny....


die kta ade bnyk


sgt kenngn die


ngn ex die


kt sini..


hehehhee..


sbb tulh die x bukk


skrg nie pengnti


die adlh sy..


hurm..


k lh smpi


sini je sy tuls


slm perkenalan :)


bye2

Friday, January 6, 2012

PENDIDIKAN PERCUMA BUKA LEMBARAN BARU SISTEM PERSEKOLAHAN

        Sesi persekolahan 2012 yang bermula semalam di Kedah dan negeri Pantai Timur, manakala hari ini di negeri lain benar-benar mencatat sejarah, berikutan buat pertama kalinya pendidikan rendah dan menengah di sekolah kerajaan disediakan secara percuma. Perkembangan ini adalah berikutan pemansuhan bayaran RM 24.50 mulai tahun ini bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012, 7 Oktober lalu. Hasrat kerajaan memansuhkan bayaran berkenaan adalah bagi membolehkan setiap rakyat negara ini, tanpa mengira latar sosioekonomi, mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Bayaran dimansuhkan itu membabitkan bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan-Sukan Sekolah Malaysia dan insurans takaful. Adalah difahamkan surat perkeliling berhubung penghapusan itu sudah dihantar ke sekolah agar tidak timbul kekeliruan apabila sesi pelajaran bermula. Selain pemansuhan bayaran terbabit, kerajaan juga sudah memberi bantuan persekolahan RM 100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima bagi tujuan membeli peralatan sekolah. Walaupun bantuan berkenaan menyasarkan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana , mereka yang berkemampuan turut menerimanya, membuktikannya keikhlasan kerajaan membantu semua rakyat. Menerusi kedua-dua langkah ini ditambah pula dengan skim buku bantuan percuma yang dinikmati pelajar ia sudah tentu meringankan beban perbelanjaan kira-kira 5.3 juta pelajar.



PERANAN REMAJA MEMBANTU MENGURANGKAN MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT

          Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran akhbar. Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat. Fenomena ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita. Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan? Tampaknya, masalah gangsterisme, vandelisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan golongan remaja. Persoalannya, apakah peranan remaja dalam mengurangkan masalah sosial ini dari terus meruncing?


         Peranan yang perlu dimainkan oleh generasi muda dalam mengurangkan masalah ini ialah remaja perlu bijak memilih rakan. Kajian mendapati bahawa masalah sosial banyak dipengaruhi oleh pengaruh rakan sebaya. Pilihlah rakan yang mempunyai peribadi yang baik, berjati diri yang kukuh dan berdisiplin dalam semua perkara. Hal ini untuk memastikan kita dapat menjadikan mereka sebagai idola dan suri teladan. Kata orang, kalau memilih untuk berkawan dengan tukang besi, kita akan terkena asapnya manakala jika kita memilih untuk berkawan dengan tukang minyak wangi, kita akan terkena wanginya. Jadi, tepuk dada, tanya selera.


          Selain itu, remaja perlu menasihati rakan, sama ada yang baru mahu terlibat atau yang telah terlibat dalam kancah sosial. Dalam hal ini, kita mestilah berhati-hati umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak bagi mengelakkan ada rakan yang terguris hati. Kita perlu menceritakan keburukan dan akibat jika terlibat dalam masalah sosial seperti menggelapkan masa depan, terdedah dengan risiko tindakan tatatertib dan dihina oleh masyarakat. Jika bimbang, bolehlah mengusulkan rakan untuk berjumpa dengan    kaunselor bagi mendapatkan nasihat dan pedoman.


        Di samping itu, mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah juga dapat mengurangkan remaja dalam terlibat dalam kancah tersebut. Remaja yang terlibat dalam masalah sosial ini sebenarnya tidak merancang masa depan dengan baik. Dinasihatkan, mereka mendekatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan, kenduri-kendara, menyertai kem motivasi dan jati diri dan menyertai aktiviti kokurikulum. Selain dapat mengelakkan diri daripada salah haluan, mereka juga dapat bertukar-tukar pendapat serta pandangan dengan rakan yang lain.


       Bukan itu sahaja, remaja perlu senantiasa berfikiran positif dan rasional dalam semua perkara. Kajian mendapati gejala seperti ponteng sekolah berlaku apabila remaja terlalu mengikut hawa nafsu dan keseronokan, iaitu ingin mendapat kebebasan dan benci akan pelajaran. Untuk itu, remaja perlu merenung kembali tujuan dihantar untuk belajar, iaitu bagi mencerahkan masa depan dan melahirkan modal insan kelas pertama bagi menghadapi gelombang globalisasi dan cabaran alam pekerjaan. Oleh itu, buangkan semua keseronokan sementara dan terimalah balasannya pada dewasa kelak.


       Bahkan, remaja perlu menetapkan matlamat hidup yang jelas. Sebenarnya, remaja yang bermasalah tidak pernah tahu tujuan mereka hidup. Oleh sebab itu, mereka sewenang-wenangya menghabiskan masa dengan melepak dan sebagainya. Seandainya, mereka ada tujuan yang tetap, sudah pasti kehidupan mereka tidak disia-siakan kerana mereka tahu masa itu emas. Dengan cara itu juga, mereka akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita yang diidam-idamkan


       Kesimpulannya, masalah sosial perlu ditangani segera. Kerjasama semua pihak amat mustahak bagi memastikan masalah ini dapat diperangi hingga ke akar umbi. Dalam hal ini, masyarakat perlu mengambil sikap menjaga tepi kain orang dan usah mengamalkan resmi bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Perkara yang lebih penting, pendidikan agama yang cukup boleh menjadi benteng yang ampuh dalam memastikan anak-anak dapat mengelakkan daripada terjebak dalam kancah yang tiada penghujunya ini. 

Wednesday, October 26, 2011

CiNtA bArU

sebut pasal kisah silam aku sebenarnya tak da pape.... tapi ape yang aku nak cite sekarang adalah cinta baru aku.... sebenarnya setiap kehidupan perlu diubah sedikit demi sedikit.... yang jaht kepada yang buruk dan sekiranya anda ditinggalkan kekasih... mne lah tahu jodoh pertemuan ditangan Tuhan betowl ta?????

k sekarang nie aku nak memeperkenalkan gadis yang telah mecuri hati aku ni.... diberi name nur hidayatul husna binti noh... yang len dirahsiakan.... aku nie jenis yang ambik berat so arap korang paham la ea??? selepas 3 atau 4 minggu x silap ku lah yang aku dah putus ngn ex aku... datang pulak gadis nie..... ye aku mngku dye memang cml, huhuhu.. pade aku ler.. pade korang aku x tau p yang pasti... dye milik aku...

mce aku bercinte dengan dye... bnyk yang aku pelajari ... mcm mne nak memahami orang.... mcm mne nak hilangkan stres.... dan macam2 lagi.... semua dye ajar... mksd aku dye tak mengajar aku p aku yang belajar dari dye..... untuk menghilangkan sayang aku kt ex aku dulu bkn senang... p dengan segala benda yang aku ade.. aku berdoa kat Tuhan supaya aku kurangkan semua kenangan silam yang amat perit....  akhirnya tercapai doa aku..... semua kenangan aku sedikit demi sedikit hilang... epilah aku....... x lah sakit kepala aku nk pikir psl ex aku lagi........